PHILOSOPE

PHILOSOPE

Sunday, 1 January 2012

2012

          Pejam celik pejam celik, dh sampai 2012. Tarikh yang di nanti oleh semua orang, tarikh keramat atau tarikh kiamat? Aku tertanya pada diri sendiri semampu mana aku boleh menjawab soalan soalan yang akan di kemukakan nanti dan seberani ape aku menentang seseorang bermata satu. Hal ini selalu bermain di fikiran aku sehingga aku 'Give Up' memikirkan nya. Aku manusia biasa, selalu melakukan dosa, tapi aku juga cuba mengelak dari semua keburukan itu. Apakan daya aku seorang manusia, selalu mendengar bisikan syaitan dan aku percaya korang yang membaca juga sedang memikirkan tentang perkara yang selalu berlaku tapi jarang di ingat ini. 



           Azam?? perlu ke berazam setiap kali datang nya tahun baru. Perkara ni buatkan aku terfikir tentang tanggungjawab terhadap diri sendiri dan janji. Tanam azam melalui hati bukan perbuatan itu cuma lah sia sia. Aku tidak pernah berazam kerana aku tahu aku akan menipu diri aku sendiri, tapi aku cuba mengubah dari azam kepada usaha. Aku sering berusaha menjadi yg bagus dari hari semalam, dan aku rasa bila kita dh buat yg baik dari hari semalama, kita adalah manusia yang paling berjaya dalam hidup. Biar lah kita tidak sepandai mana tapi kita tahan dengan semua dugaan. Mengharapkan kepandaian tetapi tidak berjaya dalam prinsip hidup itu merupakan seorang yang sudah menipu pada diri sendiri. 


            Pernah tak korang terfikir yang setiap perbuatan kamu akan di nilai. Kalau korang rasa korang adalah org yg terkaya, sebenar nya ada orang lebih kaya maruah dari korang. Kalau korang rasa korang pandai dalam pelajaran, sebenar nya ada orang lebih pandai mengatur hidup dari korang. So, fikir kan tentang ape yang anda miliki hari ni? Jika korang stuck di situ makna nya korang ' KOSONG ' dalam hidup.

            Jadi kan tahun baru sebagai kenangan korang untuk masa lalu sebab korang akan lebih belajar benda baru dari semua ini. Korang boleh jadi kan sesuatu yang baru untuk menjadi kan diri korang lebih bermakna pada tahun 2012 ni. So, if korang dh bersedia untuk memikirkan, teruskan lah berfikir.

P/s : azam azam azam jangan menipu diri sendiri :)

No comments:

Post a Comment