PHILOSOPE

PHILOSOPE

Monday, 30 January 2012

Kecantikan Aminah, Ketampanan Abdullah dan Cahaya Muhammad

Entri aku kali ni sah sah korang dpt teka ape dia. Aminah, Abdullah, Muhammad? Keluarga Nabi kesayangan kita semua. Mula nya, aku ade interview di Syarikat PTS production yang menerbitkan beberapa buku berkaitan islamik dan remaja. Lepas je interview tu habis, En. Roslan bagi kami buku free daripada syarikat PTS sndiri. Ada 6 buah buku, aku lebih minat dgn satu buku yang tajuk nya AMINAH (cahaya puteri Quraisy). Permulaan bacaan pun korang dh rasa seronok sampai tertanya tanya mcm mana seterus nya. Aku sampai tak tido malam sebab aku nak habiskan baca buku Aminah ni. Satu penulisan dan rangkaian ayat yang boleh menyentuh kalbu dan kita rasai sendiri. Lepas 3 bab, aku letak kn kat atas laptop dgn niat nak habiskan lagi satu bab esok nya tapi aku rasa mcm tak puas hati kalau aku tak baca sampai bab yang aku puas hati. Seronok kisah nabi kita ada juga sedih bila kita mngenang kan perlakuan yang kita lakukan pada hari ini. Aku manusia hina, aku tidak sesempurna Muhammad, apakan daya aku, Muhammad telah di utuskan tuhan untuk umat nya, Muhammad telah di bedah dan di cuci hatinya dgn sumur zamzam. Aku cuma manusia yang sering melakukan salah, aku tiada rasa penyesalan dengan setiap kesalahan aku. Ya ALLAH, ampuni dosa dosa ku semoga engkau mendengar setiap doa ku.

Aminah gadis cantik yang di anggap oleh kaum arab ketika itu menawan bak bidadari. Bidadari juga tidak seindah Aminah, itu ungkapan manis org arab tentang kecantikan Aminah. Aminah yatim piatu sejak kecil dan di asuh oleh pakcik nya Wuhaib. Halah sepupu Aminah telah berkahwin dgn Abdul Mutalib (atuk nabi). Abdul Mutalib merupakan bapa kepada 10 orang anak lelaki termasuk Abdullah (bapa nabi). Abdullah jejaka tampan bak bidadara syurga. Semua wanita tergila gila kan Abdullah kerana ketampanan beliau. Dek kerana ketentuan tuhan untuk melahirkan Muhammad ke bumi. Abdullah dan Aminah telah di satukan selepas nazar Abdul Mutalib selesai. Nazar nya ialah seorang anak lelaki nya akan di sembelih. Naxar nya telah di gantikan dgn 100 ekor unta dgn cara undian tempurung dgn mencabut nama sebanyak 10 kali sehingga nama Abdullah tidak di sebut. Abdullah terselamat dan berkahwin dgn Aminah. Tiada lagi yg perlu di ragukan, Aminah selamat di dakapan Abdullah. 

Pengorbanan bermula, Abdul Mutalib perlu menghantar salah sorang anak nya ke Syam untuk berniaga. Lalu di pilih nya Abdullah. Aminah berat hati tapi dia berfikiran terbuka. Selang sehari seminggu sebulan, Aminah menunggu Abdullah pulang. Sehinggakan dia mendapatkan berita Abdullah sedang gering di syam. Dia redha dgn ketentuan tuhan yang mengambil Abdullah tetapi di beri nya Muhammad dalam kandungan. Aminah tidak berasa alah, loya, sakit2 semasa mengandung malah dia berasa sentiasa senang hati. Sehingga suatu malam dia bermimpi akan cahaya dan penampakan syurga. Dia tersedar, hamba nya juga turut tersedar, ia nya bukan mimpi ia kebenaran. Aminah memandang di katil nya, seorang bayi tangan menutup tanah dan kepala mendonggak langit. Ya, Muhammad sudah di lahir kan tanpa rasa sakit. Tuhan mengerjakan segala perlakuan.  Muhammad cahaya yang gemilang, muka nya sentiasa bercahaya dan tiada iri hati bila melihat nya malah akan sentiasa merinduinya.

Muhammad sudah mula lapar, Aminah kekontangan susu. Di cari nya ibu susuan. Halimahtu Saadiah menjadi ibu susuan Muhammad. Halimatu Saadiah seorang yang daif, dia sering di hina dan di ejek, dgn kerinduan nya pada bayi Muhammad, tuhan melimpahkan rezeki kepada Halimahtu Saadiah. Hidup nya mewah dan senang sehingga suatu saat dia memulangkan Muhammad ke Aminah. Aminah telah membawa Muhammad ke Yatrib untuk ke makam ayahanda nya (Abdullah). Tetapi pelbagai masalah berlaku dan Aminah juga kurang senang hati kerana firasat nya menandakan keburukan. Ya, yahudi tidak mahu nabi bukan dari kalangan kaum nya. Sekiranya bertentangan akan mereka lakukan kejahatan terhadap diri seorang nabi yang  bukan dari kaum yahudi. Aminah dan Muhammad kembali ke Kota mekah, tetapi dlm perjalanan pulang Aminah jatuhn sakit di Abwaa. Nabi kehilangan ibu pada umur 6 tahun dan kehilangan bapa sejak dia tidak mengenali bapa nya.

Aku terus berfikir selepas membaca kisah ini. Seandainya Nabi Muhammad masih lagi hidup pada zaman sekarang adakah dia akan kecewa dgn umat nya atau ................? aku tak boleh meneruskan persoalan ini kerana aku sgt mengagumi mu Muhammad. Aku tahu aku sering melupakan mu akan tetapi setelah membaca kisah mu, aku terlau merindui mu Muhammad. Aku terlalu sayang pada mu, Tuhan maha mengetahui apa yang berlaku sekarang juga kelak. Aku berharap aku juga di golongan mu nnt di akhirat dan semasa kiamat. Aku sedih dgn diri aku. Aku manusia hina, tidak perlu aku membangga kan diri aku yang hina ini kerana aku manusia keji. 

P/s: bacalah kisah nabi dgn menhayati :)



Saturday, 28 January 2012

APE PERASAAN KAU?

Berubah berubah dan berubah atau mungkin terus berubah. Aku tak pasti perubahan yang jadi tu atas sebab diri sendiri atau pengaruh persekitaran yang selalu di nyatakan dalam karangan2 remaja zaman sekarang. Orang lain berubah untuk jadi yg lagi bagus, tapi aku tgk kau ni berubah mcm tuk MENJENGKELKAN diri kau tu. Sekarang aku dh nampak perangai kau, kau cuma nak berkawan dgn org yang lebih kaya, kata nya lah. KAYA? ape yang kau boleh nampak dgn kehidupan org kaya. Kau tak pernah terpikir ke kenapa ALLAH jadikan kau berkehidupan yang sederhana (tidak terlalu kaya atau miskin). ALLAH tak jadikan kau kaya sebab DIA tak mahu kau jadi mcm ape yang terjadi pada diri kau sekarang. Kau tidak pernah berfikir secara rasional, kau berfikir mengikut rentak akal bodoh. Pemikiran kolot yang kau bangga kan, berkawan dgn org kaya boleh membuatkan kau lebih bersemangat untuk buat ape2 yang kau suka. Padahal kau cuma mempergunakan org2 kaya tu untuk kepentingan kau. Buang kawan yang dulu sama2 dgn kau, ape kau rasa tu tindakan bijak? Tapi aku rasa kau tak pernah memikirkan semua tu sebab kau MENJENGKELKAN! 

Aku tau kau mesti tak pernah rasa bahgia mcm mne aku rasa sekarang. Bahgia yang aku maksudkan, kau tak pernah rasa berkehidupan susah. Aku ingat lagi masa aku kecik dulu, abah aku selalu tukar kerja sebab tak ade kerja tetap. Mak aku berhenti kerja sebab mase tu dh ade 2 orang anak, wanita zaman dulu bila dan kawin mesti kene berhenti kerja dan dduk kt rumah. Dari tahun ke tahun, 2 orang jadi 3 orang, abah baru dapat kerja tetap yang tak lah bagus tapi bagi rezeki halal dlm keluarga. Aku selalu terpikir, kenapa orang zaman dahulu walaupun suami berkerja seorang tetapi masih boleh menanggung keluarga dan bila aku lihat sekarang, pasangan suami isteri yang bekerja pun belum tentu dapat menjaga keluarga dgn baik. Aku TAK PERNAH HIDUP SENANG, aku di besarkan dgn kehidupan susah. Sekarang aku baru tahu kenapa abah selalu tak tunai kan ape je yang aku nak, dia nak aku pandai uruskan hidup sendiri tanpa bantuan org lain. Bila kita pernah hidup susah, kita mampu melakukan sesutau benda dengan senang. Sekarang aku dh sampai tahap yang tak pernah di fikirkan oleh diri aku sendiri, kenapa aku ade kt sini, kenapa aku boleh sampai kesini, jawapan mungkin ade dalam fikiran tapi aku tak akan nyatakan.

Aku pernah dengar pepatah kau yang semacam bodoh tu, tapi aku rasa kau manusia paling bodoh memberi pepatah mcm tu. Aku tak sehina itu untuk capai pepatah bodoh kau, kau kene tahu kehidupan ni sementara dan dunia ni bulat. Ape kau buat setiap hari di catit dan tak mustahil akan berlaku pada diri kau semula. Jangan terlalu taksub pada kekayaan, sebab kau lebih bahgia, bila kau sendiri capai kekayaan dgn hasil titik peluh kau. Sorry to say, i'm not interested with you for being my partner. You're out of my mind. Aku ni kau tgk je gelak sana sini, tapi aku lagi memikirkan benda logik dan rasional dari pemikiran kanak2 dan JENGKEL kau tu. Aku lebih matured dari kau walaupun aku ni cuma seorang diri sebab aku belajar dari pengalaman susah. Kehidupan aku tanpa emak, buatkan aku lebih berfikir sebaik kau yang ade segala gala nya. 

Saturday, 7 January 2012

Photo camp for masscom student :)

Fuuhhhhhh, lega nya dapat baring atas katil. Jap2 tgk jam sikit, tepat jam 11.05 malam. Hari yang sangat letih dari pagi sampai ke malam asyik ambik gambar. Fun jugak part 4 ni, belajar benda baru yang tak pernah kita tahu pun sebelum ni. Maybe ade yang dh lame tau pasal DLSR, tapi pada aku ni bnda baru. Semua nya benda baru bagi aku. Suke hati lah aku nak ambik gamba ape pun asalkan aku still tau skil2 yang lect aku ajar.

Hari yang panjang ni, aku boleh tgk bnyk sifat orang dan lihat kurang nya diri aku dari pelbagai sudut. Paling lawak sekali keadaan aku yang dh hitam belegam ni. Hina sangat rasa nya, habis sunburn teruk. Aku rasa patut pergi therapy jiwa sebeluim aku tgk diri aku dekat cermin. Hahahaha. Sedih betul tgk diri yang sehina ini, melaka sangat panas sampai aku yang putih ni dh jadi belegam dari first aku belajar kt melaka. So, conclusion jgn suka sangat kalau dpt pergi holiday kt melaka or nak pergi rombongan sekolah pergi melaka, nanti korang baru tahu mcm mne perasaan belegam macam aku ni.

First, kita orang berkumpul beramai ramai, ala mcm biase kalau ade event ape2 pun msti kene berkumpul awal, tapi mula nya lambat jugek. hahahaha. Then, setiap kelas kene ikut lecturer kelas pergi tempat untuk photo shoot. Lecturer paling popular hari ini Sir Rusydi. Fulamak, lect ni lah paling kacak, hensem, sempoi, macho dan sebagai nya. Dalam kelas pun mmg hensem ape lagi kt luar. Confirm lah ramai student prempuan dok tergedik2 kt dia, termasuk saya :P. Ok lah, then lepas2 shoot, break untuk zohor. Pkul 4 kita oprang semua berkumpul untuk ambik gambar PANNING then ambik gambar sunset dalam pkul 6.30. Event ni memang best and awesome dowwhhhh. Dari 5-10, boleh bagi 6 bintang lah, cuma sifat malas tu sentiasa ada.



fast shutter

extent

Sir Rusydi

Panning

sunset

bulb -Peace Yaw

bulb - UiTM

bulb - moon

Friday, 6 January 2012

Sendiri bersendirian

Firstly, korang msti tahu macam mne hidup bila bersendirian. Sendiri boleh di katakan macam kosong. Kosong yang tak bermakna tiada apa apa, tapi lebih kepada mahu mencari ketenangan dalam hidup. Aku pernah membaca sebuah buku tapi tak ingat ape tajuk dia, buku ada tulis " bersendirian  akan memberi kita satu pengajaran yang lebih bermakna daripada anda berjalan sejauh 1 kilometer " tapi pernah tak korang semua terfikir yang satu hari korang akan berada di satu tempat tanpa sesiapa pun. Kalau hari ni korang mempunyai keluarga yang ramai, mempunyai sahabat yang ramai, mempunyai seseorang yuang selalu bersama korang tapi pernah tak korang fikir even a second if they gone from your life??? bagaimanda korang nak hadapi semua tu? Aku selalu memikirkan tentang semua ni sampai aku sendiri tak tahu mcm mne cara nak atasi masalah tu.

Aku kadang kadang tak dapat cari siapa diri aku sendiri dan aku percaya yang korang pun tak akan dpt tahu siapa diri korang. Korang boleh ckp yang korang ni seorang yang begini, begitu tapi pada hakikatnya akhir pada perbualan tu korang sendiri terdiam dengan ape yang korang cakap kan. Persoalan nya SIAPA DIRI AKU??? a  aku bukan bercakap kosong tentang ini, tapi ade makna di sebalik semua ni. Aku boleh hidup sendiri tanpa siapa siapa, boleh ke korang percaya? tapi aku boleh hidup bukan dgn org yg sama. Aku boleh berdikari sendiri tanpa orang orang yang hanya mempergunakan orang lain. 

Tak semua orang boleh hidup sendiri dan cuba untuk bersendirian. Semua kerja mesti nak berteman, tak boleh buat sendiri. Bila ade benda yang berkaitan hidup sendiri mesti nak di share pada orang lain even secret pun, please lah jadi seorang yang boleh berdikari sendiri. Boleh kalau nak share but dont everything. Manusia adalah salah satu makhluk yang boleh bercakap dan melalui percakapan itu, mereka boleh melakukan pelbagai perkara termasuk menakluk dunia. So, sedar lah wahai manusia jika engkau di kurnia kan mulut adalah untuk berkata perkataan yang benar dan bukan berbohong. Bersendirian juga boleh membetulkan kesilapan yang sering kita buat setiap hari, sebab bila kita sendiri kita boleh belajar sesuatu yang tidak orang lain akan buat. 




Wednesday, 4 January 2012

Kekasih yang tak berapa kasih

Haaaaaa, yang ni ade pelik sikit. Dulu mase blog lame, aku selalu update TENTANG SESEORANG ni. Seseorang yang dh jadi hak milik persendirian. Aku tak tahu mne istimewanya tapi itu lah hakikat nya, dari kawan mula berkasih. hahahahha. Jodoh sentiasa ade di sekeliling kita cuma antara petunjuk nya untuk kita atau pun tidak, contoh yang boleh aku bagi bila korang berjiran tak kan lah jiran korang tak boleh jadi kekasih tetapi di sebabkan masing masing mempunyai life sendiri so mereka tak pernah memikirkan tentang itu. Jodoh nye belum tiba lagi itu common yang orang selalu manusia luahkan. Kisah nya aku dgn dia ni pun boleh di katakan jodoh juga :)

Muhammad Saufi b. Md Yussof dia lah orang nya yang aku dok aku usha2 dulu. Dulu aku bnyak post pasal dia ni. Dia mcm ni lah mcm tu lah, tapi sekarang tidak seperti itu. ceewaaahhhh. Sebenarnya tiada ape yang berubah, cuma sekarang dia lebih anggap aku wujud dalam hidup dia. wakakkaka. Mase mula mula couple dulu dia buat tak heran je kalau aku merajuk, dia siap cakap "MACAM MANE NAK PUJUK". syaitooonnnn punya budak. Sekarang ni kalau aku merajuk je, dia dah tau mcm mne nak pujuk. Kerja aku sekarang merajuk sepanjang tahun, hahahahahha biarin dia rasakan. 

Kehidupan aku sekarang sudah di tahap yang boleh di katakan sebagai gumbira tapi masih terkawal lagi. Dia dan aku masih melakukan hal masing2, masih mengejar cita cita masing2, tak ade yang kita orang sibuk kan selain belajar sehingga tamat. Aku masih terfikir adakah ini jodoh aku? atau ini hnyalah persingahan untuk aku mengenali dunia. Waallauhalam. Tuhan menentukan semua nya, kalau ini lah jodoh aku, aku harap kan ini yang terbaik bagi diri aku. Lelaki ini yang mampu menjaga aku juga keluarga aku, mampu memberi ku didikan agama juga mampu membahagiakan hidup aku seperti wanita2 lain. 


P/s : jangan aku melukakan cinta hati ku :)



Sunday, 1 January 2012

2012

          Pejam celik pejam celik, dh sampai 2012. Tarikh yang di nanti oleh semua orang, tarikh keramat atau tarikh kiamat? Aku tertanya pada diri sendiri semampu mana aku boleh menjawab soalan soalan yang akan di kemukakan nanti dan seberani ape aku menentang seseorang bermata satu. Hal ini selalu bermain di fikiran aku sehingga aku 'Give Up' memikirkan nya. Aku manusia biasa, selalu melakukan dosa, tapi aku juga cuba mengelak dari semua keburukan itu. Apakan daya aku seorang manusia, selalu mendengar bisikan syaitan dan aku percaya korang yang membaca juga sedang memikirkan tentang perkara yang selalu berlaku tapi jarang di ingat ini. 



           Azam?? perlu ke berazam setiap kali datang nya tahun baru. Perkara ni buatkan aku terfikir tentang tanggungjawab terhadap diri sendiri dan janji. Tanam azam melalui hati bukan perbuatan itu cuma lah sia sia. Aku tidak pernah berazam kerana aku tahu aku akan menipu diri aku sendiri, tapi aku cuba mengubah dari azam kepada usaha. Aku sering berusaha menjadi yg bagus dari hari semalam, dan aku rasa bila kita dh buat yg baik dari hari semalama, kita adalah manusia yang paling berjaya dalam hidup. Biar lah kita tidak sepandai mana tapi kita tahan dengan semua dugaan. Mengharapkan kepandaian tetapi tidak berjaya dalam prinsip hidup itu merupakan seorang yang sudah menipu pada diri sendiri. 


            Pernah tak korang terfikir yang setiap perbuatan kamu akan di nilai. Kalau korang rasa korang adalah org yg terkaya, sebenar nya ada orang lebih kaya maruah dari korang. Kalau korang rasa korang pandai dalam pelajaran, sebenar nya ada orang lebih pandai mengatur hidup dari korang. So, fikir kan tentang ape yang anda miliki hari ni? Jika korang stuck di situ makna nya korang ' KOSONG ' dalam hidup.

            Jadi kan tahun baru sebagai kenangan korang untuk masa lalu sebab korang akan lebih belajar benda baru dari semua ini. Korang boleh jadi kan sesuatu yang baru untuk menjadi kan diri korang lebih bermakna pada tahun 2012 ni. So, if korang dh bersedia untuk memikirkan, teruskan lah berfikir.

P/s : azam azam azam jangan menipu diri sendiri :)